Jumat, 23 Agustus 2013

Konflik Di Asia Barat


Konflik Di Asia Barat

Tanda yang pertama ialah kemunculan Sufyani, Pasukan Panji Hitam dan Imam Mahdi Al-Muntazar. Sebelum kemunculannya, ia didahului oleh fitnah besar di Asia Barat. Apa maksudnya? Iaitu konflik Syria yang tak berhenti-henti sehingga sekarang.   

Kekusutan (1)
Barisan pemberontak Syria itu terdiri daripada pelbagai golongan, termasuk majoritinya Sunni dan sebagainya. Paling mengejutkan, mereka mendapat bantuan militer dari US, Britain, Peranchis dan Turki. Dengan kata lain, Israel juga berada di sebelah mereka.

Kekusutan (2)
Hizbullah (Parti Allah) yang pro-Syiah telah menyokong Basyar Al-Assad dalam penentangannya terhadap pemberontak-pemberontak Sunni. Bahkan, Syeikh Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah berjanji akan mempertahankan rejim Basyar sehingga menang.

Kekusutan (3)
Tadi saya membaca akhbar Metro Ahad (2-6-2013), m/s 60 pada ruangan Global yang menceritakan bahawa Syeikh Yusuf Qaradawi dipetik sebagai berkata (seperti berikut), Yusuf Qaradawi desak sunni bangkit perangi Bashar. Bukan setakat itu, bahkan beliau mengelar Parti Hizbullah itu sebagai Parti Syaitan.

Beliau juga membandingkan dirinya sebagai lebih bodoh dari ulamak-ulamak Arab Saudi semasa dia memuji Syeikh Hassan Nasrallah di depan mereka suatu ketika dahulu.

Kekusutan (4)
Umat Islam di seluruh dunia terbahagi 2 kelompok. Kelompok (A) pro Bashar Al-Assad manakala kelompok (B) pro pemberontak Syria. Masing-masing ada golongan ulamak yang menyokong mereka. Maka kerana itu, keadaan fitnah menjadi semakin sukar.

Syria pada peringkat awalnya adalah stabil sebelum revolusi (Arab Spring) menghentam sebahagian besar wilayah Arab sebab protes pada kekuatan rejim pemerintah. Mantan Presiden Mesir Husni Mubarak tumbang. Mantan Presiden Libya Muammar Qaddafi juga tumbang. Begitu juga sebahagian negara lain. Sekarang ini adalah giliran Presiden Syria,  Basyar al-Assad pulak. Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, mengapa Arab Spring ini tidak berlaku di Arab Saudi?

Banyak orang percaya rakyat Syria mengangkat senjata dan memberontak sebab mereka tak lagi berupaya mengeluarkan pendapatnya dengan aman. Maka pemerintah Syria lalu mengawal mereka dengan peluru, dan mortar, sehingga menyebabkan ramai penunjuk perasaan terkorban dalam peristiwa March 2009. Sebelumnya hanya berdemonstrasi, tetapi akhirnya mereka melancarkan perang terhadap Assad, seperti dilaporkan The New York Times (8/4/2009).

Mengapa penentangan ini tidak berlaku di Arab Saudi? Rakyat Saudi juga terkongkong dan tidak bebas bersuara? Sepatutnya konflik ini juga berlaku di Arab Saudi kerana keadaan politiknya sama seperti Syria.

Kerana konflik sebelum ini adalah percaturan politik Yahudi dan agen-agen Dajjal. Mereka memporak-perandakan sesebuah negara (mari kita mulakan dengan Afghanistan, Iraq, Algeria, Mesir, Libya dan sekarang Syria) dengan 2 maksud sahaja.

Pertama, mereka ingin merosakan kestabilan politik Negara Islam. Bila huru-hara berlaku, pembunuhan akan merata. Bahkan dalam hati mereka, semoga Imam Mahdi Akhir Jaman akan terbunuh sama.

Kedua, mereka menyerang Negara tersebut untuk menguasainya. Bahkan dalam hati mereka, semoga Imam Mahdi yang mereka cari itu adalah manusia lapar yang berebut-rebut makan seperti anjing.

Saat mereka melempar makanan dari helicopter (seperti di Afghanistan), lalu mereka melempar bom kepada sekumpulan lelaki, wanita dan anak-anak kecil yang berebut-rebut padanya.

Semuanya permainan Yahudi dan Agen-agen Dajjal
Konflik Syria yang seharusnya terjadi hanya antara rakyat dengan pemerintah tiba-tiba meluas. Sudah merebak menjadi perang besar. Dugaan Assad bahawa  pihak asing memberi bantuan kewangan kepada pemberontak hingga mereka menjadi sangat kuat, banyak, dan besar memang benar.

Paling mungkin ialah senjata. Dari mana tentara pembebasan Syria mendapatkan keperluan senjata mereka  jika tidak ada “golongan berkepentingan” memberikannya pada mereka.

Kecurigaan Assad Yang Kuat
Kecurigaan Assad semakin kuat pada negara barat. Amerika Syarikat dan Britain dituding sebagai dua buah negara yang berupaya melakukan urusan jual-beli senjata itu.  Negara lain seperti Iran, Rusia dan China masih setia mendukung Assad. Kedua kubu masing-masing memperingatkan agar tidak mencampuri urusan politik Syria.

Walau bagaimana pun, Amerika Syarikat diketahui giat melatih para pemberontak dan pasukan intelijennya (CIA) juga giat mengirimkan pasokan senjata, seperti dilaporkan stesen television Al Arabiya (25/3/2013).

Kenapa Tidak Berlaku Di Arab Saudi?
Kenapa Arab Spring ini tidak berlaku di Arab Saudi? Pada saya, Arab Saudi itu sendiri pro-barat. Yahudi & Agen-agen Dajjal tidak merasai apa-apa tekanan dari struktur politik Arab Saudi. Bahkan mereka merasa tidak perlu untuk mencari Imam Mahdi di situ.

Pada waktu dekat munculnya Imam Mahdi, Arab Saudi pun bergolak oleh 3 anak Khalifah yang salah satunya akan berkaloborasi dengan pihak Sufyani, ketika huru hara telah menyentuh Madinah, maka Pasukan Panji Hitam dari khurasan turun bergerak ke Arab Saudi.

Serangan ke Atas Syria?
Anda mungkin bertanya kepada saya. Kenapa Konflik Syria ini berlaku? Kenapa Yahudi dan agen-agen Dajjal ini melakukan kemusnahan di sini? Jawapan saya terletak pada hadis Nabi yang berikut.

Bersabda Rasulullah SAW : “sekiranya penduduk Syam sudah tiada, maka tiada lagi kebaikan di atas muka bumi ini”.

Yahudi memahami maksud hadis ini sama seperti kita. Tetapi mereka mempunyai perancangan jahat untuk meranapkan kita.  Tujuan mereka bukan lagi 2, tetapi sudah menjadi 3 seperti berikut.

Tiga Tujuan Yang Jahat
Pertama ialah merosakkan kestabilan Syria (telah berjaya). Kedua ialah membunuh Imam Mahdi (tidak berjaya) dan ketiganya, menghapuskan sinar Islam di akhir jaman (tidak mungkin berjaya).

Di Manakah Imam Mahdi?
Dulu, saya mengira Imam Mahdi lahir di Kurjah (Madinah) tetapi selepas membuat kajian dan pembacaan dari banyak sumber, saya mendapati Kurjah itu tempat kemunculannya semasa di Madinah.

Kemudian, pada masa tentera As-Sufyani (Imam Mahdi palsu) cuba mengejar beliau di Mekah, waktu itu beliau berada di Harrah (Mekah).

Al-Mahdi Akhir Jaman akan ditentang oleh As-Sufyani (pemerintah Syria). Tak pasti siapa As-Sufyani, mungkin dia itu Basyar Al-Assad atau pemerintah baru Syria. Tetapi yang pastinya, Al-Mahdi juga ditentang oleh Yahudi dan Agen-agen Dajjal.


Bersambung...

Bila ingin membaca lebih lanjut ebook ini, Klik tulisan ini untuk kembali ke-link-link di daftar isi

Anda sedang membaca artikel tentang Konflik Di Asia Barat dan anda bisa menemukan artikel Konflik Di Asia Barat ini dengan url https://manfaatputih.blogspot.com/2013/08/konflik-di-asia-barat.html, anda boleh menyebarluaskannya atau mengcopypaste-nya jika artikel Konflik Di Asia Barat ini sangat bermanfaat bagi teman-teman anda, namun jangan lupa untuk meletakkan link Konflik Di Asia Barat sebagai sumbernya.

0 komentar:

Posting Komentar

Beri Komentarmu disini!

Download Ebook LINK

.......................................................

MAU BACA LEBIH LANJUT
KLIK DAFTAR ISI DISINI

atau

Mau Download EBOOK ini

klik LINK ini :


Anda bisa download ebook ini di sini :

Pembahasan Tuntas Peradaban Manusia dari awal hingga akhir full Final.pdf

LINK 1 - ZIDDU

LINK 2 - 4SHARED

Surat Al Kahfi diantara Nubuat Nasrani versus Nubuat Islam.pdf

LINK 1 - ZIDDU

LINK 2 - 4SHARED

.......................................................

DAFTAR ISI

Daftar Isi :






















































Pembahasan Beberapa Hal Penting:

























































7. Periode Zaman Kiamat/Zaman Peradaban Manusia Akhir Yang Tidak Mengenal Islam









Di dalam penulisan ini ada beberapa penjabaran baru yang belum pernah terlihat di dalam tulisan peneliti lainnya, Semoga hal ini bermanfaat untuk menambah kemanfaatan buku ini.


Bantinglah Otak Untuk Mencari Ilmu Sebanyak-Banyaknya Guna Mencari Rahasia Besar Yang Terkandung Di Dalam Benda Besar Yang Bernama Dunia Ini, Tetapi Pasanglah Pelita Dalam Hati Sanubari, Yaitu Pelita Kehidupan Jiwa. (Al- Ghazali)




Hak Cipta oleh M. Yusuf . Diberdayakan oleh Blogger.